Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

28 March 2017

Majlis Tadarus Al Quran & Festival Nasyid Akhir Daerah Kinta Utara 2017

Alhamdulillah...pertandingan telah berlangsung dengan jayanya... Soutul Faizin telah melakukan sebaiknya dan mempersembahkan nasyid dari sisi baharu yang boleh dilihat oleh penonton...begitu juga peserta-peserta kategori lain dan masing2 mempamerkan kelebihan dan kecemerlangan untuk merebut slot mewakili Daerah Kinta Utara ke Peringkat Negeri Perak nanti... 

Kepada yang berjaya tahniah dan syabas diucapkan...semoga Kinta Utara sukses di Peringkat Negeri Perak nanti... berikut adalah keputusan rasmi pertandingan yang berlangsung pada 28 Mac 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat...

Keputusan Rasmi Majlis Tadarus Al Quran dan Festival Nasyid Akhir Daerah Kinta Utara 2017

Tilawah Al Quran L
1.Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah
2.SMK Seri Ampang
3.SMK Raja Chulan

Tilawah Al Quran P
1.SMK Raja Chulan
2.SMK Jati
3.Sekolah Menengah Agama Raja Perempuan Taayah

Keseluruhan Tilawah
Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah

Hafazan L
1.SABK Maahad Tahfiz Al Quran
2.SMK Seri Ampang
3.SMK Kg Pasir Putih

Hafazan P
1.Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah
2.Sekolah Menengah Imtiyaz
3.SABK Maahad Al Ummah

Johan Keseluruhan Hafazan
Sekolah Raja Perempuan Taayah

Syarahan Agama L
1.SMK Raja Chulan
2.Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah
3.SMK Seri Ampang

Syarahan Agama P
1.SMK Raja Permaisuri Bainun
2.SMK Tambun
3.SMK Raja Chulan

Keseluruhan Syarahan : SMK Raja Permaisuri Bainun

Nasyid
1.SABK Maahad Al Ummah Soutul Ummah
2.Sekolah Izzuddin Shah Soutul Faizin
3.SMK Tambun Soutul Syakirin

Solo Terbaik
Soutul Ummah

Lagu Terbaik
Soutul Faizin

Lirik Terbaik
Soutul Faizin

Syabas dan tahniah buat semua pemenang yang akan mewakili Daerah Kinta Utara ke Peringkat Negeri Perak.....


















“There is no such thing as failure, there are only results”

25 March 2017

Latihan Intensif Waktu Cuti Persekolahan.

Alhamdulillah...
Atas komitmen, kemahuan dan kesungguhan mereka berkampung dirumah coach bagi memberi tumpuan kepada pertandingan akhir KDSS Daerah Kinta Utara 28 Mac 2017 yang akan berlangsung...terima kasih kepada semua ahli keluarga yang memberi sokongan dan galakan kepada ahli-ahli SF 2017...tanpa sokongan dan restu keluarga siapalah mereka untuk mencipta jaya...

Semoga usaha dan inisiatif ini Soutul Faizin dapat memberi fokus dan persembahan yang lancar nanti... semoga korban cuti ini memberi erti yang baik untuk kalian nanti... Nasyid-nasyid juga...akademik perlu diutama... good luck guys...

Movie time sebagai selingan

Menemani coach ke Pasar Besar di UTC..

Mencari bahan-bahan sup tulang

Masa berkumpul inilah digunakan sepenuhnya untuk berkongsi idea dan pendapat

Nasi Ayam Hainan homemade dr coach

Santai selepas solat

Dinner... ala shabu-shabu

Menjamu selera

Latihan diteruskan

Antara steamboat dan latihan....dugaan

Menu steamboat kuah tom yam Kak Mida

Terima kasih Adha kerana meluangkan masa dan membantu SF2017

Perlukan yang baru sebagai penemannya

Senior2 membantu dan tidak lokek untuk berkongsi


Latihan mengikut sesi

Tahniah...disiplin yang baik

Post mortem bagi saingan peringkat zon tempohari

Masa untuk kembali ke asrama...


Alhamdulillah selamat tiba dan selamat menimba ilmu didunia SiS yang penuh warna warni...Semoga kalian terus Berjaya dalam apa jua lapangan yang disertai dan diceburi...





04 March 2017

Persiapan KDSS 2017

Saban tahun rutin kami berjalan seperti biasa.. memulakan fasa-fasa awal pencarian bakat dan pemilihan team utama Soutul Faizin yang akan membawa cabaran SiS sepanjang tahun 2017..

Terima kasih kepada alumni SF yang turun padang membantu dan memberikan idea untuk penambahbaikan.. really appreciate it