Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

18 October 2016

Jom Mendaftar dan Mengundi Calon dari Alumni Sekolah Izzuddin Shah

Anda inginkan suara belia diangkat?? Ayuh kita gembleng tenaga satu suara satu cita-cita... Memperkasakan belia ke satu tahap yang membanggakan.. Membuka dimensi baru ke arah belia jaya yang berjiwa wiraswasta... Ayuh kita daftar di 

Setelah mendaftar, bila tiba hari pengundiannya nanti... ayuh kita undi abam Syed Mohamad 'Amaruddin a.k.a Mmc Syed...  Insyaallah dengan kredibiliti dan abiliti yang ada pada beliau...suara belia mampu diangkat ke satu tahap yang membanggakan dan mampu direalisasikan...

Beliau juga merupakan alumni Sekolah Izzuddin Shah & Pengurus merangkap krew tetap Soutul Faizin sejak tahun 2007 hingga kini. Merupakan orang kuat belakang tabir yang menjana ekonomi, tajaan dan kemudahan bagi warga SF

Selain itu calon PRK012 Mohd Saffek Bin Mohd Salleh dengan wawasannya Memimpin Belia Membangun Negara dan Calon PRK009 Muhammad Naim Al Amin dengan wadah Belia Inovasi dan Kreatif Memacu Keterampilan Negara juga merupakan alumni Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah. Ayuh kita bangunkan kepimpinan generasi muda yang mampu membawa aspirasi dan jatidiri selari dengan Memartabatkan sakhsiah dan akhlak Islamiah menjadi teras kepimpinan generasi muda berwibawa

(Mohon rakan2 share & viralkan)

#parlimenbeliamalaysiaperak

15 October 2016

Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Negeri Perak 2016

Alhamdulillah berakhir sudah pencarian kontinjen Negeri Perak bagi mengisi slot ke Peringkat Kebangsaan nanti.

Kategori Nasyid kali ini menampakkan beberapa elemen peningkatan yang positif khasnya kategori nasyid sekolah rendah. Begitu juga dengan pertandingan-pertandingan kategori lain saban tahun peningkatan telah ditunjukkan secara konsisten. Semoga perkembangan yang menarik ini berterusan dan saingan lebih hebat dapat diperlihatkan untuk saingan masa hadapan

Tahniah kepada semua pemenang.. yang kurang bernasib nasib baik jangan kecewa dan teruskan usaha... insyaallah dengan usaha yang berterusan, belajar dari kesilapan dan sentiasa positif mengembalikan kegemilangan pasti sesuatu yang menarik menanti dihadapan. Ilal ghayatul quswa....

Johan Lelaki
84.5 markah
Nur Najah SRAR Tarbiah Islamiah Tg Rambutan

Johan Bersama
84.5 markah
Soutul Ikhlasiah SRAR Al Ikhlasiah Bidor

Ketiga
80.5 markah
An Najwan SRAR At Ta'awuniah  Sg Limau Selama

*********************************************

Johan Perempuan
82 markah
Nur Faezah SRAR Tarbiah Islamiah Tg Rambutan

Naib Johan
75 markah
Hurrul Ain SRAR As Saadah Sg Siput

Ketiga
72.5 markah
Awwal Uliya SRAR At Tahzib Titi Serong Parit Buntar

06 October 2016

Instagram Baru Soutul Faizin

Khas buat Siswa siswi Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah dan sahabat-sahabat SF yang ingin mengikuti perkembangan SF dulu kini dan selamanya insyaallah.. Hasil inisiatif warga SF 2016 khasnya buat alumni Soutul Faizin... mengimbau kenangan dan berkongsi coretan...

Laman ini masih dalam proses mengumpulkan sebanyak mana memori yang ada untuk diabadikan sebagai kenangan... Kepada rakan-rakan, alumni dan sahabat-sahabat yang mempunyai koleksi kenangan bersama kami, dialu2kan untuk berkongsi gambar mahupun video kepada kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kerana anda menyokong perjalanan kami dan perkembangan seterusnya. Semoga kita mendapat manfaat atas perkongsian ini.

Klik ●●●●●●●》》》》》 Soutul Faizin Official

Instagram Baru Soutul Faizin

Khas buat Siswa siswi Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah yang ingin mengikuti perkembangan SF dulu kini dan selamanya insyaallah.. Hasil inisiatif warga SF 2016 khasnya buat alumni Soutul Faizin... mengimbau kenangan dan berkongsi coretan...

Laman ini masih dalam proses mengumpulkan sebanyak mana memori yang ada untuk diabadikan sebagai kenangan... Kepada rakan-rakan, alumni dan sahabat-sahabat yang mempunyai koleksi kenangan bersama kami, dialu2kan untuk berkongsi gambar mahupun video kepada kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kerana anda menyokong perjalanan kami dan perkembangan seterusnya. Semoga kita mendapat manfaat atas perkongsian ini.

Soutul Faizin Official