Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

30 August 2016

Ikhtiar Abstraksi...

Nasyid bukan saja sebagai hiburan tapi juga media dakwah yang berkesan..sebab apa dikatakan sebagai media adalah kerana ia juga sebagai perantara menyampaikan mesej, pendidikan, maklumat, menyemai semangat, cabang zikrullah malahan sebagi terapi diri secara tidak langsung. Sejauhmana realiti yang kita lihat masakini adakah genre nasyid ini mampu bertahan dan terus melangkah jauh. Sudah tentu persepsinya ada pada kita sendiri yang melihat industri nasyid ini berkembang.

  • Muzik ialah gubahan bunyi
  • Nyanyian bermaksud gubahan muzik yang dilagukan dengan suara
  • Nasyid senandung yang berisi syair keagamaan, lantunan atau bacaan. 

Kesenian seni suara telah bermula sejak zaman Nabi Daud dan puteranya Nabi Ismail a.s. Dalam al-Quran dinyatakan bahawa Nabi Daud mempunyai suara yang sangat merdu dan lantang. Sambil memetik kecapi beliau menyanyikan puji-pujian kepada Allah s.w.t. Baginda begitu asyik dalam memuji sehingga merasakan gunung-ganang dan bukit-bukau turut menyanyi bersamanya. Nabi Daud juga merupakan insan yang pertama mengunakan keindahan seni suara dengan iringan alat kecapi untuk merasakan dan meresapi keindahan alam sekitar (Engku Ibrahim Engku Ismail dan Abd Ghani Shamsuddin,1990,hlm:3). Sejarah kesenian yang berunsurkan seni suara dan seni muzik seterusnya terus berkembang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya.

Membuka penulisan ini, melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut: 

i. Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.
ii. Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram.
iii. Pancaragam yang melalaikan, hukumnya haram.
iv. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah.
v. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus. 

Secara mudahnya pandangan mata kasar kita melihat industri ini boleh maju dan berjaya namun secara transisinya ia bergantung kepada penasyid dan pendukungnya memartabatkan nasyid ini sampai ke tahap yang membanggakan. Persoalan yang sering bermain dibenak suara hati ini apakah konsep nasyid itu benar-benar difahami secara umum atau khusus yang mana sekali sekala ia mempelawa kebimbangan pabila melihat kemana arah tujunya yang sebenar.

Bak kata idola penulisan yang saya kagumi Ust Pahrol Mohamad Juoi, apa yang ada dihati penansyid itulah yang akan lahir sebagai produknya. Kita mengimpikan untuk membawa nasyid itu secara kreatif bertunjang Syariat, inovatif menggarap nasihat, efektif menyalur manfaat & representatifnya ia sebagai wadah bermaklumat.

Isu yang seringkali berlegar adalah antara nasyid asli, nasyid kontemporari, lagu dakwah dan sebagainya. Adakah bersandarkan lirik keagamaan ia boleh dikategorikan sebagai nasyid, lagu berirama padang pasir, qasidah, burdah sebagai nasyid asli dan melodi nasyid yang pelbagai dan moden sebagai nasyid kontemporari, dan dimanakah kedudukan lagu dakwah diletakkan. Apakah perbezaan diantara nasyid kontemporari dan lagu dakwah. Persoalan-persoalan ini sering menjadi momokan seawal munculnya kategori nasyid kontemporari.

Seakan benar persepsi-persepsi ini timbul bila mana berlangsungnya pertandingan. Kita masih belum didedahkan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu dan pihak yang merasa bertanggungjawab memberi penjelasan berkaitannya. Maka polemik demi polemik wujud dan mengheret kewibawaan juri dipersoalkan dan seringkali menjadi pertikaian. Kita sendiri tidak tahu siapakah "ahlinya" yang boleh dipertanggungjawabkan mengadili kerana dipercayai juga masih wujud segelintir juri yang masih belum jelas mengenainya.

Hakikat yang perlu kita sedari dewasa ini adalah keghairahan gen Y mengikuti perkembangan dan membangunkan genre ini dengan pelbagai perubahan, peningkatan, pembaharuan, kepelbagaian melodi, identiti dan sebagainya. Apakah usaha-usaha mereka menemui matlamat nasyid sebenar atau menyimpang atau masih bereksperimentasi.

Nasyid yang kita kenali adalah melodi islamik dihiasi lirik penuh informasi dan disampaikan dengan suara yang indah dan menenangkan hati. Kini umumnya menjadi "trend"   dipersembahkan dengan penuh tenaga dan adakalanya bila kita menyaksikan pertandingan ada suara yang sengaja dibuat-buat. Mungkinlah hasil pembelajaran muzik dan seni suara moden mampu menamakan pelbagai bentuk suara dari asas hingga ke "ghost note" namun jangan kita lupakan hakikat asas nasyid itu sendiri yang mengutamakan originaliti. Sama seperti seni suara didalam membaca Al Quran yang mana kepelbagaian "tobaqat" itu telah memberi impak keunikannya lantunannya, namun ia masih bersandarkan originaliti asas suara...

Adakalanya faktor semasa seolah-olah menampakkan kita sendiri menggadai nilai-nilai yang lebih murni diasak oleh budaya populariti tanpa sedar bahawa penasyid itu daie dan juga murabbi. Apapun perubahan yang kita lakukan mestilah berpandukan nilai-nilai teras nasyid itu sendiri. Tidak salah untuk kita mencuba dan menginovasikan nasyid itu kearah komersil dan terkini, tetapi mestilah tidak mengabaikan aspek-aspek yang diperkatakan diatas kerana apa jua atas nama nasyid kita akan kembali kepada misi berdakwah dan mendidik sebagai orientasi.

Melodi dan lirik juga menjadi intuisi asas kesinambungan seni nasyid yang terbaik. Perasaan didalam melodi itu mampu digambarkan dengan kesinambungan lirik yang serasi. Menelusuri melodi yang pelbagai seperti semangat, ketenangan, rintihan, perjuangan, munajat, sedih, gembira dan sebaginya sudah pasti diserikan dengan lirik yang menggambarkan melodi itu sendiri. Sinonimnya adalah sesuatu yang janggal sebagi contoh apabila melodi perjuangan dilantunkan dengan lirik  berbentuk rintihan, melodi kesedihan dengan lirik berunsur keriangan. Bagi mendapatkan mood melodi yang terbaik dan memberi impak sudah pasti gandingan melodi perjuangan disertakan dengan lirik yang tegas dan mengajak kita berjuang, melodi ketenangan dengan lirik yang menggambarkan kedamaian... (sekadar contoh...)

Islam mengiktiraf melodi dari mana-mana bangsa, suku, daerah dan sebagainya dan ia bukan hak milik sesuatu bangsa..maka secara matematiknya tiada masalah untuk genre ini berkembang secara global untuk pendengar menerima pengisian mahupun perubahan. Kembali kepada persoalan asal tadi sejauhmana nasyid itu  kita tempatkan kategorinya perlu dijelaskan semaksimanya.


Agak berjela jugak entry kali ini. Admin bukanlah siapa-siapa di arena ini, penulisan ini adalah bertujuan untuk mengumpul respon, pendapat, berkongsi rasa, ilmu, pengalaman dan suara hati. Penulisan ini mungkinlah sedikit sebanyak membuka minda kita untuk berinteraksi sebagai lambang jalinan silaturrahmi secara tidak langsung. Apapun  natijahnya penulis mengundang kepada semua pencinta nasyid tanahair berkongsi ilmu, pengalaman dan pengertian untuk mendefinisikan istilah nasyid yang sebenarnya...


Sambil memacak panji-panji di puncak khaira ummah Cemerlang, gemilang dan terbilang.....


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan...


26 August 2016

Post Mortem Ihtifal ILMI 2016


Setelah 2 minggu berlalu, kajian, penelitian dan menyemak secara empirikal beberapa kesimpulan dapat diperolehi dan akan diberi penekanan pada masa hadapan.. Lumrah saingan kadangkala perancangan menepati kehendak dan kadangkala ia menyimpang dari yang sepatutnya..apapun kami mengambil pendekatan positif memperbaikinya.

Tahniah kepada Soutul Faizin, secara tuntasnya mereka telah mencapai apa yang dikehendaki dan telah melaksanakan tugasan dengan baik walau pelbagai cabaran demi cabaran yang dilalui. Usaha dan kegigihan kalian mampu menghadirkan senyuman... Kuat semangat, rajin dan mampu mencari titik temu bagi mencari solusi secara berkumpulan.

Pandangan dan saranan ketika post mortem diadakan sangat berguna dan boleh dijadikan panduan terutamanya skuad Soutul Faizin 2017 nanti.. Diucapkan selamat maju jaya kepada yang terlibat dengan peperiksaan besar tahun ini.. Azizul Adha, Engku Adam, Raja Kamarul, Muhammad Syakir, Ismail Jamil dan Hafizuddin terima kasih atas usaha, komitmen, kesungguhan dan memori indah kalian sepanjang kita bersama.. Begitu juga rakan-rakan SF terdahulu, Arif Azfar, Aiman, Izzat Fakhri, Hafizuddin , Afnan Faiq.... Firdaus, Amjad dan Humaidi   Kenangan bersama tidak mampu diungkap dengan kata-kata, cukuplah untuk kalian mengingati walau dimana kalian meneruskan perjuangan kelak... Kepada ahli-ahli Soutul Faizin yang akan meneruskan perjuangan... ayuh kita bina semula keyakinan, komitmen dan kesungguhan demi kelangsungan legasi ini... Terima kasih yang tidak terhingga atas perjuangan ini...



















22 August 2016

Sayonara ILMI 2016...


Berakhir sudah saingan peringkat kebangsaan tahun ini. Bandar ikan patin ini sudah pasti meninggalkan 1001 kenangan kepada SF dan lain-lain... Tahniah kepada Soul Al Ghamidi Selangor, mempertahankan kejuaraan, AsSyadeed Voice Pulau Pinang yang menunjukkan peningkatan meraih naib johan dan As Syatiri Johor yang menjadi bualan dgn meninggalkan impak persembahan menarik di kedudukan ke 3 keseluruhan. 

Tahniah buat semua pasukan yang bertanding... panjang umur murah rezeki kita bertemu dan bersaing lagi.. Kepada Soutul Faizin...kehadiran kita disini benar2 memberi pengalaman dan pengajaran. Semoga kita dapat memanfaatkan peluang ini untuk menambahbaik pasukan pada masa hadapan. Kalian telah melakukan segalanya mengikut perancangan namun kita merancang dan Dia menentukan. Kita terima dan sahut cabaran mendatang... 

Terima kasih kerana komitmen yang diberikan, terima kasih kerana berjuang untuk pasukan, terima kasih kerana saling mengingatkan, terima kasih kerana berusaha memuaskan krew kejurulatihan dan terima kasih atas jalinan dan ikatan yg erat lagi menguatkan...

We are SF n we are family...

Berakhir saingan untuk tahun 2016

Walau apa jua cabaran kami hadapi dengan tenang dan ceria

Pengalaman mampu meningkatkan kualiti persembahan

Terima kasih atas persahabatan....

Warna warni majlis penutupan

Peserta -peserta dari Negeri Perak

Menanti untuk kemerdekaan

Sempat lagi mengudap...

AF Tuan Pengetua...Tn Hj Omar yang supportive dan sporting

Tahun depan kita cuba lagi

Bersama peminat yang ingin bergambar kenangan...

Tenaga belakang tabir SF... 

Jom balik....



18 August 2016

Aksi ILMi Kebangsaan 2016


Masanya telah tiba...kami telah melaluinya dan ini kali yang ke 3. Tugasan yang berat dan mencabar dengan pelbagai perkara malahan mempertahankan pencapaian 2015 agak terasa beban yang dipikul... cabaran tetap cabaran..kita ambil sebagai cabaran mempersiapkan pasukan...

Perancangan telah disusun, latihan telah diperkemaskan, motivasi  telah disuntikkan..namun kata orang perancangan itu bagus utk meneruskan perjalanan namun perancangan Tuhan lebih dari jangkaan. Kita berusaha DiA menentukan...apapun juga natijahnya kita ambil sebagai pengajaran dan pembelajaran...

Pertandingan berlangsung dengan menampilkan aksi2 sengit dari semua negeri. Secara kasarnya kualiti semua masih ditahap memberangsangkan namun impaknya kurang berkesan pada tahun ini...ini adalah pandangan secara peribadi... merasakan rata2 kurang persediaan dan kelam kabut menyiapkan pasukan negeri masing2 kali ini angkara tarikh dan lokasi yg sentiasa mengalami perubahan...bertindan dengan tarikh2 peperiksaan percubaan, bertindan dengan kejohanan sukan KESUMA kebangsaan dan macam2 lagi.

Secara tidak langsung bagi pasukan yg ahlinya terdiri dari kelas peperiksaan terpaksa menyediakan alternatif latihan dan pertukaran perancangan saat akhir sebelum berangkat ke saingan kebangsaan... pasukan negeri lain mungkin telah bersedia, namun inilah antara masalah yang kami hadapi.

Namun begitu untuk SF tanggungjawab yg digalas mesti dilaksanakan dengan berkesan... setelah saingan berakhir, kami akui banyak kesilapan dan perkara utama yang wajib kami betulkan dan penambahbaikan mesti dibuat secara berterusan. Apapun kami enjoy dengan saingan kali ini dan kami mengucapkan tahniah kepada Soul Al Ghamidi yang mempertahankan gelaran malahan ini adalah tahun mereka dengan kejayaan berganda. Tahniah As Syadeed Voice Pulau Pinang naib johan dan gah memperkasakan pencapaian mereka naik setangga lagi dari tahun 2015 serta As Syatiri Johor tempat ketiga yang menampilkan persembahan mereka yang tersendiri.

Untuk Soutul Faizin.... kita perbaiki, renungkan  ibrah ini, kita tidak akan sesekali mengalah untuk kembali lagi... walau ada sekelumit kesan melepaskan gelaran...jangan khuatir jangan bimbang kita telah berikan mengikut perancangan.. chaiyookk... memori indah bersama kalian walau dalam apa jua keadaan...

Sejurus selesai persembahan.... giliran akhir peserta ke 13

Alhamdulillah....kenangan yang akan mematangkan kalian...

Bersama Cikgu-cikgu SF dan PK Ko kurikulum


Persiapan sebelum naik ke pentas....



14 August 2016

Rehearsal ILMi Kebangsaan

Rehearsal atau Soundcheck...

 
Bertahun-tahun melihat sesi soundcheck yang diadakan oleh penganjur, tidak kira peringkat mana sekalipun, apa yang saya lihat dari mata kasar seorang yang zero tentang sound system...ianya tidak langsung memberi kesan kepada impak sesebuah persembahan melainkan cara mengendalikan soundcheck tersebut rapi dan teliti. Setakat berkecimpung dibidang ini belum pernah walau sekalipun soundcheck yang dibuat memuaskan hati atau tepat dari kacamata peribadi.
Soundcheck kebiasaannya sekadar memastikan penasyid mesra monitor atau mendengar  lantunan suara yang dinyanyikan..buatlah berapa banyak intro atau outro sekalipun cara pengendalian soundcheck tetap sama. Disudut pandangan peribadi saya sendiri sepatutnya soundcheck tersebut dikendalikan oleh mereka yang faham dengan seni suara dan melaksanakannya dengan merekod secara bergambar atau rekod digital bagi setiap kumpulan yang bertanding...
Bila melihat kaedah yang digunapakai dulu hingga kini, soundcheck langsung tidak membawa apa2 kebaikan melainkan apa yang saya perkatakan diatas. Setiap kumpulan yang bertanding mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu khasnya dari sudut vocal, maka soundcheck inilah yang sebenarnya dibuat bagi mengekalkan momentum ketika soundcheck dan pertandingan berlangsung adalah sama seperti mana soundcheck yang telah diadakan. Setelah soundcheck berakhir, apabila berlangsung pertandingan...setting atau tetapannya adalah sama untuk semua kumpulan, maka disini sia-sialah soundcheck diadakan.
Perkara yang diperkatakan ini nampak remeh tetapi sebenarnya ia adalah isu bagi menambahbaik mutu suara khasnya persada nasyid yang dicintai...apalah gunanya membayar sewaan alatan sound system yang dikatakan mantap tetapi tidak memberi manfaat...melainkan suaranya jelas, bergegar tapi tidak mendatangkan impak khas kepada pendengar.. isu ini sekadar lontaran idea peribadi dan tidak menuding mana-mana yang terlibat...walaupun ianya ada terkena tetapi inilah isu yang perlu kita buka mata, buka hati, terima seadanya demi kelangsungan mutu suara....
Ok kita tinggalkan isu diatas...ianya telah lama bermain diminda untuk diketengahkan namun rasanya seperti isu remeh yang diperbesarkan...tetapi itulah hakikat yang berlaku kini dan akan dating jika tiada siapa yang ingin menyuarakannya...
Berbalik kepada soundcheck ILMI Kebangsaan tempohari... isu diatas mungkin boleh dikaitan jika semua pasukan yang bertanding bersetuju... sekiranya ada kumpulan yang berpuashati dengan mutu soundcheck...saya mohon maaf atas kelancangan memberi pandangan peribadi...
Bagi kisah SF ketika soundcheck tersebut biarlah gambar berbicara....

SF warmup di Homestay

Mencari keserasian....

AF Ayahanda Tuan Pengetua Tn Hj Omar turun homestay melihat training yang dilakukan sambil memberi kata-kata perangsang... syukran Tn Pengetua.

Rest memolek sebelum berangkat ke lokasi soundcheck...

SF telah bersedia untuk ke lokasi

Dalam mood terbaik sebelum ke lokasi di SMA Al Wosto

ada paparazzi plak yg snap coach bersama SF

Jom ke SMA AL Wosto

Seperti biasa SF dulu....(selfie first)

3 serangkai Percussionist SF yang terlibat dengan peperiksaan besar...

Mencari aura sound system.... ala2 sound system di SiS gayanya.... sabo je laa

Selesai soundcheck SF

Belakang tu Coach2 dari Wilayah Persekutuan yang memberi sokongan padu kepada SF... tqvm guys...Tyto Sariano & Ust Khairil Norzali

Deen Li & Coach Tyto....adakah penampilan terakhir bersama SF atau ke pasukan baru spt KISAS? jeng jeng jeng


Perjalanan Menuju Peringkat Kebangsaan di Temerloh...

Masa yang dinanti telah tiba... satu bonus kepada kami untuk berjalan dan menimba pengalaman ditempat orang. Selain usaha-usaha mempersiapkan pasukan..setiap tahun sentiasa bertukar ganti memori dan cabarannya termasuklah perjalanan menuju destinasi impian. 

Semangat berpasukan yang menebal dalam diri dan fokus untuk memberikan yang terbaik sentiasa ditanam dalam diri dan persepsi perjalanan kami adalah untuk fokus dengan pertandingan tanpa menjejaskan mood masing-masing. Seperti biasa cabaran sentiasa datang dan pergi...cabaran bukan sahaja dalam bentuk kesihatan dan mood, tetapi suasana persekitaran juga menyumbang kepada faktor-faktor tersebut. Biarlah ia berlalu dan menjadi pengajaran dan pengalaman... ambil iktibar dan kita matang untuk menanganinya pada masa hadapan...

Berikut adalah memori perjalanan kami ke Temerloh.. simpan sebagai kenangan...


Kenangan yang akan terpahat sebagai sejarah peribadi

SF di R&R Ulu Bernam

SF with abg K.E

Singgah makan tengahari...

SF Caterer beraksi di Cowboy 

Pengurus Luar SF dengan pajeronya...

Soutul Faizin menuju Temerloh

Kita SF dulu Cikgu....(selfie first...kih kih)