Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

12 August 2012

Maafkan...

Saban tahun masa pasti diperuntukkan untuk Soutul Faizin... Namun 2012 menceritakan betapa masa sangat mencemburui haluan yang dibina dengan komitmen kerja yang semakin berganda... 



Alhamdulillah walau tak punya banyak masa namun sesekali bertemu dan bercanda ia tetap meruntun jiwa untuk membantu anak didik yang telah lama dibangunkan.... Sejak 2003 bergelar fasilitator (eh ye ke?) pelbagai  rentetan dan deretan suka duka dilalui bersama. Walau punya banyak kenangan namun setiap generasi mempunyai 1001 coretan kenangan... Begitulah generasi 2012. Maafkan diriku kerana seolah2 membiarkan kalian berjalan sendiri namun jauh disudut hati kalian tetap dihati.



Generasi 2012 sebenarnya adalah generasi impian selepas generasi 2007 dan 2009... Namun hal yg sama berlaku kepada generasi 2010 yang mempunyai segala ramuan dan perisa Soutul Faizin. Agak kagum dengan generasi 2012 yang energetik dan konsisten namun tiada ruang dan peluang untuk diketengahkan dengan kerenah birokrasi JPN yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Yang berlalu telah berlalu SF telah lali dengan episod sebegini. Apa yang penting kesinambungan dan tradisi SF perlu diteruskan dengan membulatkan tekad memperjuangkan dakwah kecil dengan irama kontemporari yang menjadi akar tunjang kemunculan SF sejak dulu.



Syukur kepadaNya kerana kami sentiasa bersatu walau tranformasi generasi yang bertukar ganti. Nama Soutul Faizin yang terpahat dari dulu hingga kini masih bertakhta di hati kami. Walau jarak memisahkan, lapisan generasi SF masih mengikutinya hingga kini dengan saranan, idea, bantuan, motivasi dan sebagainya.. Tidak kurang juga dengan adanya "peminat" walaupun nama SF tidak ada dalam carta kumpulan nasyid legenda... kalian masih mahukan persembahan dan karya2 dari SF...Terima kasih kerana sentiasa menjadi mata dan telinga kami... Sokongan anda menjadikan kami sangat kuat untuk terus menggempur cabaran dan halangan.Soutul Faizin 2012... kalian tetap dihati...











Persembahan Pembukaan Rasmi Majlis Tahfiz Al Quran Peringkat Negeri Perak 2012





Persembahan Peringkat Zon MTQ Kinta Utara 2012



Persembahan Pertandingan Akhir Nasyid MTQ Daerah Kinta Utara 2012